Monday 13 February 2017

Keistimewaan dan kelebihan Vivix Shaklee


Assalamualaikum dan hai semuaaaa, harini zila nak share info penting kat semua ni taww! 

Pernah dgr tak pasal vivix? Vivix shaklee? Yang femesss sgt² tu haaa, Vivix la tuu, apa yg best sgt tentang vivix ni? Dan siap yg perlukan vivix? Okey tengoklah ni kt gambar bawah ni siapa yg perlukan vivix ni☺


Okey dah tgk dah macam mana rupanya VIvix Shaklee dan siapa yg perlukan vivix ni. So, berbaloi ke kalau beli vivix ni? Berbaloi ke dengan harga yg ditawarkan?

Kalau gitu jom kita tengok pula apa keistimewaan dan kebaikan Vivix Shaklee ni :)

Keistimewaan Vivix Shaklee

Memperbaiki DNA
Setiap hari, tubuh kita mengalami kerosakan DNA (salah satunya akibat radikal bebas) yang menyebabkan proses penuaan terjadi begitu cepat. Vivix membantu melambatkan dan melindungi DNA sel tubuh kita dan melambatkan proses tersebut.Vivix sesuai diambil oleh mereka yang selesai menjalani rawatan pemulihan kanser, misalnya kimoterapi, bagi mengembalikan sel tubuhnya kepada keadaan asal.

Memperbaiki tenaga sel
Semakin tubuh kita terdedah kepada penuaan, semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga. Ini akan menurunkan fungsi sel. Vivix membantu menguatkan sel tubuh.

Membantu meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular, imuniti dan sendi.
Semakin tua, semakin kita rasa sakit sana sini, ingatan pun makin pudar. Vivix membantu mengembalikan keremajaan.


Kebaikan Vivix Shaklee
  • Menggalakan penuaan yg sihat – awet muda dan anti-penuaan
  • Membantu mengelakan kanser – merencat sel kanser dari menjadi semakin serius
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung – melindungi jantung
  • Mengurangkan kompilasi diabetes / kencing manis
  • Meningkatkan kesihatan arthritis dan menyokong kesihatan sendi – melindungi saraf
  • Mengurangkan insiden penyakit nyanyuk - merawat azhameir
  • Membantu merawat penyakit parkinson
  • Membantu memulihkan penyakit strok - angin ahmar
  • Meningkatkan kesihatan imum badan
  • Menggalakan kesihatan keseluruhan
Vivix™ adalah minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. Mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol menjadikan Vivix begitu unik. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.


Apa kata mereka mengenai Vivix Shaklee?




Tahukah anda?

Dengan pembelian 2 botol Vivixanda akan mendapat KEAHLIAN dan PENGHANTARAN PERCUMA seluruh Malaysia (Jimat 15-20% dari harga asal).
Bukan itu saja, malah akan dapat lagi bonus tunai lagi bulan berikutnya !! Jadi dah tak perlu nak bayar yuran keahlian lagi. FOC !
Selain itu anda juga berpeluang untuk menjana pendapatan sampingan bersama Shaklee. Bonus sehingga 21% beserta bonus bonus sampingan yang lain. 
Baiklah, sampai di sini sahaja. Terima kasih kerana membaca. Jika ada sebarang pertanyaan, hubungi zila seperti dibawah ya. Zila akan bagi consultation exclusive untuk customer zila je taw!
Okey selamat menjaga kesihatan.

Hubungi : 
Perunding kesihatan dan kecantikan,
Nurazila Mohd Noor | 014.509.7852

Monday 2 February 2015

Detoks terbaik dengan Herblax dan Alfafa Shaklee



Pernah tak dengar kata-kata ni?

" Kalau nak kurus, make sure badan kene melalui proses detox dulu" 

Kenapa agaknya ya. Apa reason behind that? 

Okehh,, Jom kita baca ni dulu :)



Tanda-tanda Toksin Berlebihan 

Sering letih dan lesu 
Lemah daya tumpuan dan daya ingatan 
Sering alami sembelit atau cirit-birit 
Timbulnya jerawat dan bintik hitam 
Berat badan naik 
Keguguran rambut dan kuku mudah rapuh 
Kering alami sakit pada leher, kepala, bahu dan tengkuk 
Cepat marah dan mudah murung 
Sering merasa sakit pada bahagian tulang belakang, pinggang dan sendi


Simptom-simptom ini menunjukkan tahap toksin dalam badan yang sangat tinggi, dan untuk itu, anda digalakkan untuk melakukan proses DETOX.

Selain daripada simptom-simptom di atas, sy juga sarankan kepada sesiapa sahaja yang baru mahu memulakan program pemakanan kesihatan bersama suplemen Shaklee atau mana-mana supplemen, pastikan anda DETOX terlebih dahulu supaya badan dapat menyerap nutrien pada tahap optimum.

Kenapa Kita Perlu Detox atau Cuci Usus? 

Detox adalah proses membersihkan usus di mana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar.

Selepas dinding usus kita bersih, barulah badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum.

Kerana itulah detox sangat penting sebelum mengambil apa-apa vitamin atau supplemen supaya tahap penyerapan nutrien pada kadar paling optimum.


Kesihatan tubuh badan kita terpelihara jika sistem usus kita berfungsi dengan baik. 

Dari Manakah Datangnya Benda-benda Toksin Ini? 

Dalam dunia moden hari ini, lebih 5 bilion lbs bahan kimia dilepaskan ke dalam persekitaran, makanan yang kita makan, udara yang kita bernafas dan hidup saban tahun. 

Tambahan pula banyak makanan mengandungi pewarna, pengawet, sisa racun perosak, nitrat, minyak terhidrogen dan ejen-ejen lain yang mempunyai karsinogen. 

Detox Secara Semulajadi dengan Herblax dan Alfafa Shaklee 

Sekarang ni memang banyak betul pilihan produk untuk detox ni. Kalau pergi Watson atau mana-mana kedai jual produk kecantikan, berderet-deret segala macam jenis produk dijual untuk detox, sedia duit jer :) 

Namun, tahukah anda bahawa kita boleh menjalani detoks secara semulajadi dengan pengambilan produk Shaklee! 

Antara supplemen Shaklee yang disyorkan untuk detoks adalah Herblax dan Alfafa.

1. Herblax 

Dr Shaklee telah memperkenalkan Herblax pada tahun 1917. Ia direka untuk tindakan pembersihan untuk membantu proses semula jadi badan. 

Herblax adalah gabungan 9 herba, termasuk daun Senna, yang telah digunakan untuk lebih daripada 3,000 tahun sebagai julap semulajadi. Herba yang digunakan dalam Herblax tidak berkaitan dengan julap kimia buatan yang dijual di mana-mana. 

Dan ianya 100% SEMULAJADI. 

Produk-produk julap buatan ni biasanya merengsakan tisu dengan cara menarik bendalir ke dalam usus untuk memaksanya mengeluarkan bahan-bahan dalam usus. Julap tiruan seperti ini boleh melemahkan organ-organ dan boleh menyebabkan kebergantungan terhadapnya, dehidrasi dan ketidakseimbangan elektrolit. 

Jadi, berhati-hati ya. 

Sebaliknya, Herblax secara semulajadi merangsang pengecutan otot usus. Ini membolehkan penyingkiran sisa-sisa yang terperangkap dan memendekkan masa transit, dan mengelakkan penyerapan toksin. Herblax boleh membantu meningkatkan pengaliran darah, mengurangkan bau badan, jerawat, melegakan sembelit, gas perut dan usus, dan menormalkan fungsi usus. 

Info penting berkenaan Herbalax

Herb-Lax adalah product yang mendapat gelaran JULAP LEMBUT dalam rangkaian product Shaklee. 

Herbalax seeloknya diambil sebelum tidur. Hasilnya anda berasa perut anda telah dicuci sebersih-bersihnya keesokan harinya. 

Serius, anda perlu cuba.. Herb-Lax bertindak dalam masa 6 jam selepas diambil. 

Oleh itu pengambilan sebelum waktu tidur sangat digalakkan. 

Bagaimanapun ibu hamil adalah dilarang menggunakan herbalax ye. 

Kenapa Herb-Lax tidak boleh untuk ibu hamil?? 

Herb-Lax dikategorikan sebagai herba dan pengambilan herba akan meningkatkan suhu badan ibu tersebut. 

Sekaligus meningkatkan risiko keguguran. 

Selain herb-lax, alfalfa juga dilarang. 

Jadi bagaimana ibu hamil yang mengalami masalah pelawasan?? 

Supplement yang boleh diambil adalah OsteMatrix yang dilengkapi dengan calcium dan magnesium. 

Pil kalsium (yang hanya mengandungi kalsium sahaja) akan menyebabkan masalah sembelit, oleh itu magnesium amat diperlukan untuk melancarkan proses perkumuhan. 

Selain itu, pengambilan B-complex juga sangat membantu pada peringkat trimester pertama kehamilan. 

[TESTIMONIAL HERBLAX] 

Detox, Masalah sembelit, Perut Meragam... 

" Sebenarnya sebelum saya mengenali Shaklee saya seorang yang sangat sukar untuk membuang air besar. Adakalanya dua tiga hari baru saya membuang. Kesannya muka saya berjerawat termasuklah jerawat batu yang sangat besar, berkudis, senang demam dan migrain yang teruk. Setelah mengenali Shaklee saya mengambil beberapa supplement untuk membuang toksin iaitu Herblax untuk mencuci usus dan menyingkirkan semua toksin. Alhamdulillah memang berkesan "

2. Alfafa Shaklee Pencuci Keseluruhan Tubuh

Itulah dia the amazing Alfalfa!

Ya, alfalfa bukan untuk tambah susu saja ya.

Alfalfa adalah bahasa Arab untuk “Bapa Kepada Semua Makanan”. Akar herba yang mengagumkan ini, tumbuh sangat dalam ke dalam tanah untuk menyerap nutrien penting dan mineral yang terdapat jauh di dalam bumi. Alfalfa adalah dikenali sebagai agen diuretik, pembersih badan dan penyahtoksik. Ia merangsang aliran hempedu, dan membuang unsur mineral bahaya dari tubuh. Ia juga membantu melindungi dari radiasi dan membantu mengawal bau badan.

Hanya alfalfa yang mempunayi kualiti terbaik digunakan dalam Alfalfa Shaklee. 

Ditanam di California tanpa pestisid, hormon sintetik, bahan kimiaatau baja bukan organik,menjadikan ia alfalfa berkualiti tinggi.

Manfaat Alfalfa 

Selain ciri-ciri sebagai pembersih badan dan penyahtoksik, alfalfa juga mempunyai banyak faedah lain.

Membantu dalam pencernaan, anti-radang, anti-artritis dan anti-bakteria. 
Membantu dalam penyembuhan ulser, gout, sakit tumit, sakit perut, alahan dan pembaikan cakera tulang belakang (disc). 
Mengawal tahap gula dalam darah dan membantu menurunkan paras kolesterol.

Best kan Detoks dgn Herblax dan Alfafa ni? ^___^ Bukan sahaja detoks malah banyak lagi faedah lain tuk kesihatan dan kecantikan kita.

JOM "BERSIHKAN" BADAN KITA !

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya :
Nurazila 0145097852.

Sunday 1 February 2015

Set Diet Shaklee :)




Selain pengganti makanan (Cinch™ Shake Mix Shaklee) yang menyediakan hidangan diet lengkap anda juga memerlukan DETOX dan FAT BURNER untuk langkah penurunan berat badan dan pembentukan semula badan yang berjaya. 

Seperti membina rumah, kita bukan hanya perlukan batu bata, tetapi kita juga perlukan simen dan tukang buat rumah. Barulah rumah idaman dapat dibina. Begitu jugalah dalam pembentukan badan yang cantik dan penurunan berat yang berjaya. 

Kita perlukan 3B iaitu Bakar, Buang, Bina. 



 Kenapa perlu Detoks? 

Detox adalah proses membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus bersih, badan menyerap nutrien pada tahap lebih optimum. Tahukah anda, kunci asas untuk kurus adalah Detox yang baik


.

Jadi, amat di syorkan Alfalfa Shaklee atau Herba Lax Shaklee untuk menjayakan proses Detox anda.




Jangan terkejut untuk penggunaan pertama anda akan mendapati najis yang berwarna hitam, pekat dan berbau buuusuukk...uhuuu itulah toksin yang selama ini mengganggu penyerapan nutrien dan memerangkap banyak air dalam badan. 

Ini yang menyebabkan seseorang menjadi GEMOK AIR dan mempunyai bonjolan hodoh di kiri kanan pinggang. 

Sesudah Detox dan Pembinaan Otot, FAT BURNER diperlukan bagi mempercepatkan proses penurunan berat dan pembentukan semula bentuk badan. 

Di sinilah rahsia terbongkar dimana penurunan berat tanpa melakukan senaman yang dasyat. Cukup dengan melakukan kerja rumah biasa atau sauna sebagai alternatif senaman masa kini yang tidak menuntut ruang, masa dan pakaian khusus. 

 FAT BURNER yang dimaksudkan ialah Lecithin Shaklee atau Omega Guard Shaklee.



Kenapa perlu Lecithin atau Omega Guard?? 

Ia berfungsi untuk memecahkan lemak. Lecithin dinamakan “pengemulsi semulajadi” kerana ia mempunyai kesan melekat pada lemak. dalam perkataan ringkasnya, ia menyebabkan lemak terapung dalam darah dan seterusnya mencegah lemak dari melekat di dinding membrane. 

Perlu diingat Lecithin tak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan untuk mencegah lemak melekat pada dinding membrane. Bertindaklah sekarang untuk penurunan berat badan dan pembentukan semula badan yang berjaya. 

Anda perlukan 3B untuk berjaya, Buang, Bakar dan Bina. 

Dengan harga yang berpatutan pasti tidak akan menyesal cuma menyesal sebab tidak mencuba :) 

Cubalah Set Kurus Shaklee pasti berbaloi baloi!! 

Pengganti Makanan: 
Cinch Shake Mix Shaklee

Detox: 
Alfalfa Shaklee : 
Saiz S, 330biji 
Saiz L, 700biji  

Herb Lax Shakkee : 
Saiz 120biji 

Fat Burner: 
Lecithin Shaklee : 
Saiz 180biji 

Omega Guard Shaklee: 
Saiz 90biji 

Untuk mendapatkan khidmat nasihat dan jadual makan vitamin terus hubungi saya call/ wassap/ sms Cik Nurazila 014-5097852.

Inginkan berat badan yang Ideal?

 



Masih berkira kira kalori dalam makanan? 

Masih keliru apakah yang boleh dimakan dan tak boleh di makan semasa proses penurunan berat??

Masih lagi tercari cari petua kuruskan badan? 

Tapi dalam masa yang sama, mempunyai masa terhad untuk buat segala macam senaman dan skuad untuk kurangkan lemak dan kurang idea dalam menyediakan menu diet harian yang sihat tanpa mengabaikan kandungan zat harian yang penting. 

Cinch™ Shake Mix Shaklee memberikan jawapan segera dan sihat kepada persoalan

"Apa yang harus saya makan untuk sarapan pagi?" 

atau 

"Apa yang harus saya makan untuk makan tengah hari?". 


Adakah menu diet saya cukup khasiat untuk keperluan harian?


Cinch™ Shake Mix Shaklee merupakan minuman dan juga bertindak sebagai pengganti makanan yang sungguh lazat dan berzat untuk membantu anda memelihara otot yang penting dan menjadikan anda sentiasa berasa kenyang dan berpuas hati di samping mengurangkan berat badan.

Cinch Shake Mix diperkaya dengan Leucine™ iaitu asid amino yang memberi signal kepada badan untuk memelihara otot semasa pengurangan berat badan.

Dalam kata lain, leucine dalam Cinch Shake Mix membantu menghilangkan lemak dan menghalang kehilangan otot.

Setiap kali menikmati Cinch Shake Mix, anda akan memperolehi 24 gram protein dan ini adalah penting.

Mengapa? 

Ini kerana protein digunakan untuk membina otot. Otot berguna untuk meningkatkan metabolisma. Metabolisma menggalakkan pembakaran kalori

Kalori bersamaan LEMAK anda.


Maka, Semakin banyak OTOT terbina,  semakin tinggi metabolisma, semakin tinggi metabolisma semakin cepat kadar pembakaran kalori atau lemak anda. Akhirnya badan anda akan terbentuk kemas tanpa bonjolan hodoh sekaligus mengurangkan berat badan anda.

Cinch Shake Mix Shaklee ini merupakan makanan yang kaya dengan protein mampu membantu menahan kelaparan dan mengurangkan pengambilan makanan ringan di antara waktu makan. Di tambahkan lagi dengan kandungan leusina dan zat-zat lengkap yang diperlukan oleh badan.

Cinch Shake Mix Shaklee memberikan khasiat seperti satu hidangan makanan lengkap tetapi dalam bentuk seperti pencuci mulut yang mudah dihadam.

Jadi anda tidak perlu bimbang berapa kalori yang di ambil dan bimbang tidak cukup keperluan zat harian kerana dengan Cinch Shake Mix Shaklee anda telah menggantikan sehidangan lengkap.


Gantikan saja sarapan dan makan malam dengan Cinch Shake Mix dan makan seperti biasa 
waktu tengah hari.


Cinch Shake Mix Shaklee mengandungi Cinch Pro™ iaitu suatu campuran protein eksklusif yang diperkaya dengan Leucine™ untuk memelihara otot semasa mengurangkan berat badan.

Dalan setiap hidangan Cinch Shake Mix Shaklee Terdapat 24 gram protein bagi membolehkan anda berasa puas dan kenyang, kandungan serat yang tinggi iaitu 6 gram dan Nilai glisemic yang rendah untuk mengekalkan paras gula dalam darah yang normal dan mengekalkan tenaga. Memberi 35% atau lebih Nilai Harian (Daily Value) bagi 21 vitamin dan mineral yang penting. Cinch Shake Mux Shaklee tiada perisa, pewarna atau pemanis tambahan. 

Diperbuat daripada jenis Soya bukan GMO.


Selain pengganti makanan yang menyediakan hidangan diet lengkap anda juga memerlukan DETOX dan FAT BURNER untuk langkah penurunan berat badan dan pembentukan semula badan yang berjaya.


Lihat Entry seterusnya untuk penurunan berat badan dan pembentukan badan yg berjaya :)

Wednesday 8 January 2014

Cerita 4 SaHaBat ^_^


Bismillahirrahmanirrahim.. Alhamdulillah.. ari ni tetibe jari jemari ku ini merasakan ingin membuat sedikit coretan untuk dikongsi.. ^_^

Xde pape p0m,, tapi saje2 nk bercerita tuk mghilangkan rasa kebosanan.. :D so, yg utama skli sbbnya ku tulis blog ni sbb nak cite sal sambutan befday sahabat sy 3hb 1 yg lpas.. huhu.. kelak0r sgt sbb tu teringin nk cerita tu..

Ceritanya bermula begini.. okee.. mula2 tu saya da wat plan da.. memandangkan skg musim exam.. so kiteowg berempat stay up at library la malam tu..

Petang tu kebetulan saya kua ad hal ngan kwan cepat2 beli kek n simpankan kt uma kawan kt Taman U dlu.. nnti senang nak amik tuk surprise.. tuk menjayakan surprise ni.. sy p0m jemputla seorang kawan.. 

so, da berpakat ngan dye,, nnti dtg kt library,, n bgitahu bila da smpai.. hajatnya kul11.30 la nk sambut.. tggu punyer tggu lambat plak si kwn sowg ni dtg.. -_- lame duk tggu.. huhu..

sebelum sampai at library kte0wg 4owg ni,, saya da bgtaw kt kwn tu sy ad Plan A n Plan B. Plan A mcm ni..malam ni bila kek da smpai.. sy akan buat2 nk p t0ilet,, so nnt kita turun la kt bwh n kwn s0wg agi akan ajat si dia ni trun n then surprisee..

Then, Plan B.. lau sy ajak p t0ilet,, tibe2 si dia ni nk ekut plak.. so ubah rncgn.. sy p t0ilet ngn dyee.. n k0wg 2 owg teruskan rncangan.. ^_^

Masa yg dinanti2 telah tiba.. saya da la xpndai brlak0n.. huhuu.. pastu ckp la.. aini j0m p t0ilet jum.. (t0ilet xde kt library,, ad kt bgunan lain).. ph2 kwn nk p da tibe2 si dia ni,, nk p t0ilet ugakk,, hurmm.. oke ubah rncangan.. hihi :P

Aish dak ni,, nk ekut plak da.. sy cpat2 msg kwn yg bawk kek tu,, cepat2 menyorok.. si dia ni nk ekut p t0ilet plak dahhh...

Thenn,, sy kua la ngn dye,, ad0iii.. si dia ternampak plak kereta kwn tuu... -_-
dlam hati.. ad0i,, kant0i la mcm nii,, sy buat2 xnmpk..

pastu dye ckp.. td nmpk kete kwn la,, sy pura2 xtaw,, eh yeke? ktne?

huhuu.. thenn cpat2 nek mt0r nk p bangunan IPSI.. nk p tuu.. alamakk,, ad d0g besar plak d0hhh.. aku dengan lajunya rempittt... -_-

mkin la berdeb0r3 hati nii,,pastu tnya ph2 nk p t0ilet mne nii,, alamakk,, hurm SITC jelaa.. brenti la jap.. gelap je,, mcm takut jeee -_-

tapi d sbbkan terpaksa.. msuk jgk,, bukak lampuu,, ad0ii,, byknya lipass... geli -_- :3
msuk t0ilet.. cpat2 aku amik tp0n,, si kwn bwk kek ni dk tp0n byk kali,,kwn kt library plak minx n0m tp0n kwn sy yg bwk kek,, eh bdak ni xde n0m plak,, dalam hati aku mkin cemas da ni,, nnti kn sia2 plak lak0nan.. 

si dia plak ni dk tnya xsiap agi ke,, aku xtahu da nk ckp pe... hurm jap2,, skit perutt,, huhu,, aduyaii.. cpat2 aku send n0m kwn kt kwn yg ad library tuu,, 

alamak !!! celc0m berpuluh kli msg aku ckp aku xde kredit,, haishh,, mse ni jgk xde kditt.. cpat2 cek kredit,, ad RM0.02..

aduh,, aku xtaw da nk wtpe nii.. cpat aku hntar n0m kwn yg bwk kek tu kt kwn s0wg ag yg gne celc0m,, nsib bek la smpai,,, tensi0n ase,,

yg si dia plak duk tnya lmbat ag ke,, haduyai,,

oke d0ne! 

cpat2 balik library,, msuk tu tgk kwn 2owg xde da, kwn aku p0m plik,, eh mne di0wg nii.. tggal lapt0p brg2 sume mcm ni..

aku ckp ntahla,, xde msg la plak,, ph2 aku cpat2 p amik duit rm1 yg berkedut.. j0m teman bli air jap.. bdan n tgn aku trketar2 da,, huhu,, xpndai la nk blak0n.. :P

pah2 p kt msin air msukkan duit.. ad0ii,, geramnye aku,, duit tu masuk plakk,, biasa lau kdut susa je nk msuk.. geramla.. ase nk tmbuk2 je mesin air tu,, si dia plak ni duk suh tekanla msin tu,, aku ketar2 tgn.. errrr.. -_-

pah2 kwn yg bwk kek plak duk tp0n byk kli,, si dia tnye sape tp0n tu? meh nk akat,, aku plak,, eh jgnla. jap2,, nk slsai mslh,, huhu,, mcm2 alasan aku bg.. -_-

ph2 ye ajk duk kt meja jap.. mnum2 i lu,, tenangkn2 ati lu,, hehe,, ph2 kwn yg 2owg tu msg,, ckp kt si dia ni,, aku tertinggal brg kt mt0r,, tggu kt mt0r,, je,, smbut kt sne.. sbb rmai owg study kt library,,

aku p0m ckp,, eh trtinggal knci mto laaa,,

ye nk mrh dah,, tggal knci plak,, huhuu

ph2 smpai kt mt0r,, surprise.. epy befday to yooo.. huhuu.. terkejut si dia,, hihi..:P aduyaii,, ase mcm ape dah td duk berlak0n,, hahaha..  ^_^

May Allah bless you dear.. m0ga terus istiqamah dan jdi wanita solehah.. InsyaAllah.. ^_^


Ukhuwwah fillah abadan abada fin jannah.. ^_^


Saturday 3 August 2013

Ilmuan Nasa Temui Terompet Sangkakala Malaikat Israfil

[ ILMUAN NASA TEMUI TEROMPET SANGKAKALA MALAIKAT ISRAFIL ]

[●] antara tanda besar kiamat adalah tiupan sangkakala (ash-shur) oleh malaikat israfil bila tiba saatnya atas perintah ALLAH ,,

[●] makna ash-shur menurut bahasa adalah al-qarn (tanduk) ,, sedangkan menurut istilah syariat ,, yg d'maksud adalah sangkakala yg sgt besar yg malaikat Israfil telah m'masukkannya ke dalam mulutnya (siap utk meniupnya) ,, dan dia sedang m'nunggu waktu d'perintahkan utk m'niupnya ,, (syarh lum’atul itiqad karya ibnu utsaimin ,, hal 114)

[●] makna ini disebutkan dalam hadits shahih dari abdullah bin ‘amr ,, dia b'kata : s'orang badui b'tanya : "wahai rasulullah ,, apa itu ash-shur ??" rasulullah menjawab : "tanduk yg akan ditiup" (HR. ahmad ,, tirmidzi dan abu dawud)

[●] ilmuwan NASA "menemukan" terompet sangkakala malaikat israfil
Wilkinson Microwave Anisotropy Probe (WMAP) adalah alat yg m'rupakan bahagian dr program atau misi NASA utk melihat kosmologi (kajian tentang sifat alam semesta) secara keseluruhan ,, projek ini melakukan observasi t'hadap alam semesta utk menemukan bentuk sebenarnya alam semesta ,, sbb yg umum ketahui selama ini m'gatakan bhwa alam semesta b'bentuk bulat-bundar atau prediksi lain m'yebutkan bentuknya datar ,,

[●] dgn m'gunakan WMAP ,, mereka m'dapatkan sebuah kesimpulan yg sgt m'gejutkan ,, krn hasil penelitian t'sebut menemukan bhwa alam semesta ini berbentuk spt terompet ,,

[●] pd bahagian hujung belakang wilayah "terompet" alam semesta itu m'rupakan alam semesta yg tidak dapat diamati (unobservable) ,, sedangkn bahagian depan ,, di mana bumi dan seluruh sistem suria berada merupakan alam semesta yg masih mungkin utk diamati (observable) ,,

[●] "dan ditiuplah sangkakala ,, maka matilah siapa yg di langit dan di bumi kecuali siapa yg dikehendaki ALLAH ,, kemudian ditiup sangkakala itu sekali lagi ,, maka tiba-tiba mereka b'diri m'nunggu kputusannya masing-masing" (az zumar : 68) ,,

[●] "dan ditiuplah sangkakala ,, maka tiba-tiba mereka keluar dgn segera dari kuburnya (menuju) kpd TUHAN mereka" (yasin : 51)

[●] kalau kita amati ,, ALLAH b'firman bhwa tiupan itu selalu "di dalam" terompet ,, "wanufikha fi-shshuuri" ,, mengapa terompet ?? mengapa di dalam (fi) ??

[●] tim WMAP m'amati pola titik-titik panas dan dingin radiasi microwave kosmik ,, yg bisa m'gambarkan bentuk alam semesta 380.000 tahun setelah big bang ,, projek WMAP dari NASA m'buat peta titik-titik tadi secara mendetail ,, hasilnya ialah pola itu cenderung memudar ,, yakni tidak ada titik panas dan dingin yg tampak m'lebihi jarak rentang 60 darjat ,,

[●] ini m'yimpulkan bhwa ketika m'gembang ,, alam semesta terulur panjang ,, sempit di awal dan kemudian makin lebar seperti corong ,, mirip bentuk terompet abad pertengahan ,, hal ini tentu m'matahkan prediksi selama ini yg m'yatakan bhwa bentuk alam semesta seperti bola (bulat) yg m'gembang ke segala arah ,,

[●] tim WMAP yakin bhwa alam semesta bukanlah b'bentuk bola ,, ttpi b'bentuk terompet ,, alam semesta bukan meluas tak terbatas ,, ttpi d'batasi oleh hujung terompet ,, jadi alam semesta ada awal dan akhirnya ,, krn hanya ALLAH yg tidak b'awal dan b'akhir ,,

[●] "itulah kitab yg tidak ada keraguan di dalamnya ,, sebagai petunjuk bagi orang2 yg b'takwa" (al baqarah : 2)

maha suci ALLAH yang maha PERKASA ,,


cc : Mujahed Kamal

Friday 1 February 2013

Kelebihan Mengingati Mati

Setiap makhluk yang hidup pasti akan mati, sesungguhnya kematian tetap akan menjemput insan untuk kembali kepada penciptanya. Sekuat manapun kita lari, sejauh manapun kita cuba hindari, namun kematian akan tetap mengekori kita.
Sampai waktu dan ketikanya, kita tetap akan pergi jua. Betapa kerapnya malaikat maut melihat dan merenung wajah seseorang, iaitu dalam masa 24 jam sebanyak 70 kali, andainya manusia sedar hakikat tersebut, nescaya dia tidak akan lalai mengingati mati. Tetapi oleh kerana malaikat maut adalah makhluk ghaib, manusia tidak dapat melihat kehadirannya. Sebab itu manusia tidak menyedari apa yang dilakukan oleh Malaikat Izrail.
Sebenarnya manusia itu sedar bahawa setiap makhluk yang hidup pasti akan mati, tetapi manusia menilai kematian dengan berbagai tanggapan. Ada yang menganggap kematian itu adalah suatu tabii biasa sebagai pendapat golongan atheist, dan tidak kurang pula orang yang mengaitkan kematian itu dengan sebab-sebabnya yang zahir sahaja.
Dia mengambil logik bahawa banyak kematian disebabkan oleh sesuatu tragedi, seperti diakibatkan oleh peperangan, bencana alam dan lain-lain lagi. Tidak ramai manusia yang mengaitkan kematian itu dengan kehadiran malaikat maut yang datang tepat pada saat ajal seseorang sudah sampai, sedangkan malaikat maut sentiasa berlegar di sekeliling manusia, mengenal pasti dan memerhatikan orang-orang yang tempoh hayatnya sudah tamat.

Tepat pada waktu.
Sesungguhnya malaikat maut menjalankan arahan Allah SWT dengan tepat dan sempurna, dia tidak diutus hanya untuk mencabut roh orang sakit sahaja, ataupun roh orang yang mendapat kecelakaan dan malapetaka. Jika Allah menetapkan kematian seseorang ketika berlaku kemalangan, atau ketika diserang sakit tenat, maka Izrail mencabut roh orang itu ketika kejadian tersebut. Namun ajal tidak mengenal orang yang sihat, ataupun orang-orang mewah, yang sedang hidup rehat dibuat kesenangan.
Malaikat maut datang tepat pada waktunya, tanpa mengira orang itu sedang ketawa riang, atau sedang mengerang kesakitan. Bila ajal mereka sudah tiba, maka kematiannya tidak tertangguh walau sesaat pun.
Walau bagaimanapun ada ketikanya Allah jadikan pelbagai sebab bagi sesuatu kematian, yang demikian itu ada hikmah di sebaliknya. Misalnya sakit tenat yang ditanggung berbulan-bulan oleh seseorang, ia akan menjadi Rahmat bagi orang beriman dan sabar, kerana Allah memberi peluang dan menyedarkan manusia agar dia mengingati mati, untuk itu dia menggunakan masa atau usia yang ada untuk berbuat sesuatu, membetulkan dan bertaubat dari dosa dan kesilapan serta memperbaiki amalan untuk menambah bekalan untuk akhirat, jangan sampai menjadi seorang yang muflis di akhirat kelak. 
Begitu juga orang yang mati mengejut disebabkan kemalangan, ia menjadi pengajaran dan memberi peringatan kepada orang yang masih hidup supaya mereka sentiasa waspada dan tidak lalai dari usaha memperbaiki diri, menambah amal kebajikan dan meninggalkan segala kejahatan.
Di kalangan orang soleh, sakit yang ditimpakan kepada dirinya adalah sebagai tanda bahawa Allah masih menyayanginya. Kerana betapa malangnya bagi pandangan orang-orang soleh itu jika Allah mengambil roh dengan tiba-tiba, tanpa sebarang amaran terlebih dahulu. Seolah-olah Allah sedang murka terhadap dirinya, sebab itulah Allah tidak beri amaran terlebih dahulu kepadanya. Keadaan orang itu ibarat seperti tidak menyedari adanya bahaya di hadapannya, jika tiada amaran terlebih dahulu, nescaya dia akan terjerumus ke lembah bahaya.
Malaikat maut mengadu kepada Allah, betapa dirinya tidak disenangi oleh keturunan Adam, dia mungkin dicemuh kerana dia ditugaskan mencabut roh manusia, yang akan menyebabkan orang berdukacita kerana kehilangan keluarga, sanak-saudara dan orang-orang yang tersayang di kalangan mereka. Diriwayatkan bahawa Allah SWT berjanji akan menjadikan berbagai sebab kepada kematian yang akan dilalui oleh keturunan Adam, sehingga keturunan Adam itu akan memikirkan dan mengaitkan kematian itu dengan sebab-sebab yang dialami oleh mereka.
Ajal ketetapan Allah SWT.
Apabila berlaku kematian, mereka akan berkata bahawa si anu itu mati kerana menghidap sakit, ataupun mereka kerana mendapat kemalangan, mereka akan terlupa mengaitkan malaikat maut dengan kematian yang berlaku itu. Namun hakikatnya bahawa ajal itu adalah ketetapan Allah, yang telah termaktub sejak azali lagi. Semuanya telah nyata di dalam takdir Allah, bahawa kematian pasti tiba pada saat yang telah ditetapkan. Izrail hanyalah tentera Allah yang menjalankan tugas seperti yang telah diamanahkan kepadanya. 
Walau bagaimanapun adalah menjadi hak Allah untuk menentukan kematian seseorang itu sama ada bersebab atau tidak. Sebagaimana yang dinyatakan pada awal tulisan ini, bahawa ada ketikanya malaikat maut datang hendak mencabut roh seseorang, tetapi manusia yang dikunjungi malaikat maut sedang dalam keadaan seronok bergelak ketawa, hingga malaikat maut merasa hairan terhadap manusia itu.
Ini membuktikan bahawa kematian itu tidak pernah mengenal, sama ada seseorang yang sedang sakit ataupun ketika sihat dan segar bugar. 
Firman Allah SWT yang bermaksud, “Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu (ajal), maka apabila telah datang waktunya (ajalnya) mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat (pula) mencepatkannya.” (Surah Al-A’raaf, ayat 34).
Semoga kita semua tergolong dalam golongan orang yang mendapat perlindungan – Nya selalu. Amin.
Copyright© All Rights Reserved nur-mujaheedah.blogspot.com