Monday 8 October 2012

Saat Berhisab dan Perkara-Perkara Berikutnya

Alhamdulillah..setelah sekian lame mendiamkan diri..kini saya kembali..hehe..:)


Meh kita luangkan masa jap baca terjemahan ayat niy...m0ga kita akan selalu di dalam keredhaan Allah SWT..Insya Allah..

Sambungan entri yang lepas..Surah Al-Haqqah (Ayat 19-37)

Saat Berhisab dan Perkara-Perkara Berikutnya

19. Adapun orang yang kitabnya (catatan amalanya) diberikan di tangan kananya, maka dia berkata : “Ambillah, bacalah kitabku (ini).”

20. Sesungguhnya aku yakin bahawa (suatu saat) aku akan menerima perhitungan terhadap diriku.

21. Maka orang itu berada dalam kehidupan yang diredhai,

22. Dalam syurga yang tinggi,

23. Buah-buahan dekat,

24. (Kepada mereka dikatakan ): “Makan dan minumlah dengan nikmat kerana amal yang telah kamu kerjakan di hari-hari yang telah lalu.”

25. Dan adapun orang yang kitabnya diberikan di tangan kirinya, maka dia berkata : “Alangkah baiknya jika kitabku (ini) tidak diberikan kepadaku.”

26. Sehingga aku tidak mengetahui bagaimana perhitunganku,

27. Wahai, kiranya (kematian) itulah yang menyudahi segala sesuatu,

28. Hartaku sama sekali tidak berguna bagiku,

29. Kekuasaanku telah hilang dariku.”

30. (Allah berfirman) : “Tangkaplah dia, lalu belenggulah tangannya dan lehernya.”

31. Kemudian masukkanlah dia ke dalam api neraka yang menyala-nyala.

32. Kemudian belitlah dia dengan rantai yang panjangnya tujuh puluh hasta.

33. Sesungguhnya dialah orang yang tidak beriman kepada Allah Yang Maha Besar.

34. Dan juga, dia tidak mendorong (orang lain) untuk memberi makan orang miskin.

35. Maka pada hari ini di sini, tiada seorang teman pun yang dapat menolongnya.

36. Dan tidak ada makanan (baginya) kecuali daripada darah dan nanah.

37. Tidak ada yang memakannya kecuali orang yang berdosa.


[Pada hari kiamat, bersujudlah setiap mukmin kepada Allah SWT. Tetapi orang kafir atau orang musyrik atau mereka yang selama di dunia bersujud kerana riyak tidak sanggup bersujud pada hari kiamat].

Ya Allah,, peliharalah hati kami dari melakukan perkara yang dilarang MU,,Lindungilah hati kami dari perkara-perkara maksiat..Sesungguhnya kami hanyalah hamba MU yang lemah..Ya Allah..Ampunkanlah dosa-dosa kami yang lalu dan bukakanlah pintu hati kami untuk lebih mencintai MU..Jauhkanlah kami dari g0daan dunia..Amin Ya Rabbal Alaminn..^_^

Monday 1 October 2012

Bisikan Syaitan

Iblis laknatullah membisikkan kepada para wanita bahawa apa jua pakaian termasuk hijab tidak ada kaitannya dengan agama, sebaliknya ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan.

Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus.

Bagaimanakah caranya? 

1. Membuka Bahagian Tangan

Kebiasaannya telapak tangan sudah terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan fesyen, iaitu membuka bahagia hasta (siku hingga telapak tangan).

"Ah!Tidak apa-apa, kan masih pakai tudung dan pakai baju panjang."Begitu bisikan syaitan.

Akhirnya si wanita menampakkan tangannya dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa.

Maka syaitan berbisik, "Hah,tak apa-apa kan?"

2. Memakai tudung tapi menampakkan leher

Kebiasaanya wanita memakai tudung tetapi menampakkan leher di sebabkan tudungnya yang jarang. Seharusnya mereka menutupnya dengan cara memakai inner di bahagian dalam tudungnya.

"Tudungmu sudah cukup baguslah dan menutup auratmu. Lehermu orang tidak nampak sangatla asalkan kepalamu ditutup dan tidak menampakkan rambutmu", bisik syaitan.

Sesungguhnya wanita mudah terdaya dengan bisikan syaitan sedangkan leher juga merupakan aurat bukan hanya rambutnya.

3. Membuka Leher dan Dada

Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi.

"Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan fesyen yang lebih maju lagi, iaitu terbuka bahagian atas dada kamu, tetapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sedikit untuk mendapatkan hawa agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli kerana sebahagian sahaja yang terbuka."

Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari fesyen setengah lingkaran hingga fesyen berbentuk "V".


4. Berpakaian tapi Telanjang
Syaitan berbisik lagi, "Pakaianmu hanya begitu-begitu saja, cubalah fesyen yang lebih bagus! Banyak kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat agak ketat biar lebih indah dan cantik dipandang."

Maka tergodalah si wanita. "Mungkin tidak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya sahaja yang berbeza, agar nampak lebih feminin," begitu syaitan menokok-nambah.

Maka, jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi s.a.w sebagai kasiyat 'ariyat (berpakaian tapi telanjang).


5. Agak Terbuka Sedikit

Setelah para muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi.

"Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, kerana sempit, kan lebih baik dibelah hingga lutut atau mendekati peha? Dengan itu kamu lebih selesa."

Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahaian bawah hingga lutut atau mendekati peha ternyata lebih selesa dan mudah untuk duduk atau menaiki kenderaan.


6. Tudung Semakin Kecil

Kini syaitan melangkah dengan tipu daya lain yang lebih "power".

Tujuannya adalah agar para wanita menampakkan bahagian auratnya. "Oh, ada yang terlupa! Kalau kamu pakai baju sedemikian, maka tudung yang besar tidak sepadan lagi. Sekarang kamu cari tudung yang lebih kecil agar serasi dan sepadan. Orang tetap akan menamakannya tudung."


7. Terdedah
Si wanita ternyata selesa dengan fesyen baru yang dipakainya seharian. Syaitan datang memberi idea lagi. "Rambutmu sangat cantik. Bukankah lebih selesa jika tudungmu dilepaskan. Kamu bebas mencuba fesyen rambut yang pelbagai. Malah, kamu boleh mewarnakan mengikut warna yang kamu suka supaya kelihatan lebih menawan."

Maka, sekali lagi syaitan berjaya mempengaruhi si wanita supaya mendedahkan rambutnya.

8. Membuka Seluruh

Syaitan kembali berbisik, "Kalau langkah kakimu masih kurang selesa, maka cubalah kamu cari fesyen yang lebih menarik. Bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya kira-kira 10 sentimeter sahaja. Nanti kalau kamu sudah biasa, baru cari fesyen yang di atas paras lutut"

Benar-benar bisikan syaitan telah menjadi penasihat peribadinya.

Maka terbiasalah dia memakai pakaian terdedah.

Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak bersalahan dengan agama?

Namun bisikan syaitan menyahut, "Ah, jelas tidak bersalahan. Kan sekarang zaman sudah semakin moden. Kamu hanya mengikut arus fesyen masa kini."

"Tetapi, apakah ini tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki?" hati si wanita curiga.

"Fitnah? Ah, kalau kaum lelaki melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada fitnah lagi, kerana sama-sama suka?" syaitan menghasut.

Begitulah sesuatu yang seakan-akan mustahil untuk dilakukan.

Namun syaitan tidak pernah berhenti membisikkan hasutan-hasutan jahat sehingga ke saat kematian seorang anak Adam itu.

Ingatlah, syaitan laknatullah hanya pandai menjanjikan kita dengan janji-janji palsu yang halus dan memikat, janji untuk keseronokan dunia, tetapi sebenarnya janji itu palsu dan racun yang mematikan! Nauzubillah...

Copyright© All Rights Reserved nur-mujaheedah.blogspot.com