Saturday 18 August 2012

Camat aRi rayeR..:)


camat ari rayer sy ucapkan kpd smua..=D
mohon maap pada smua lau ad terkasr bhasa..
termarah xsngaja n mcm2 la..
o - 0 la kita..^_^

Monday 13 August 2012

Peristiwa Di Waktu Berlakunya Kiamat

Da lame xupdate blog,,hehe..lame la sgt..bru je 5 hari.. hihi

Hari ni sy nak sambung entry yg lepas..Kepastian Adanya Hari Kiamat..

Surah Al-Haqqah (Hari Kiamat) Ayat 13-18

Mari kita hayati peristiwa-peristiwa yang berlaku pabila terjadinya hari kiamat..

Peristiwa-Peristiwa Di Waktu Terjadinya Kiamat

13. Maka apabila sangkakala ditiup dengan sekali tiup, [Tiupan pertama akan menyebabkan alam semseta hancur].

14. Dan diangkatlah bumi dan gunung ganang lalu dihancurkan keduanya dengan sekali hentaman.

15. Maka pada hari itu, terjadilah hari kiamat.

16. Dan terbelah langit kerana pada hari itu langit menjadi rapuh.

17. Dan para malaikat berada di pelbagai penjuru langit. Pada hari itu, lapan malaikat menjungjung Arasy (singgahsana) Tuhanmu di atas (kepala) mereka.

18. Pada hari itu, kamu dihadapkan (kepada Tuhanmu) tidak ada sesuatu pun daripada kamu yang tersembunyi (bagi Allah).

Engatlah sahabatku semua..kiamat sudah pasti terjadi dan kita seharusnya perlulah sentiasa mengingati peringatan-peringatan yang telah Allah berikan..

Janganlah kita lalai dengan dunia yang sementara ini..jauhilah perkara-perkara yang mungkar..berzikirlah, beribadatlah kepada Allah selagi jasad masih bernyawa dan diri masih sihat sebelum roh terpisah dari jasad (pabila mati)..sungguh takut bila dibayangkan hari ini kita mati..adakah cukup segala amalan kita..hanya Allah yang tahu..:'(..


Marilah kita sama-samalah berpesan-pesan sesama Islam..semoga Allah redha..Insya Allah..^_^

Wednesday 8 August 2012

Hukum Sujud Tilawah Ditujukan pada Siapa Saja?

Sebelum ni salu je tertanye2 apakah bila diri kita membaca a-Quran yang terdapat ayat sajadah kita perlu sujud ataupun tidak..Jadi persoalanku sudah terjawab bila terjumpa entry ini dari seorang hamba Allah..Mari sama-sama kita teliti..Insya Allah..

Hukum Sujud Tilawah Ditujukan pada Siapa Saja?

1. Sujud tilawah ditujukan untuk orang yang membaca Al Qur’an dan ini berdasarkan kesepakatan para ulama’, baik ayat sajadah dibaca di dalam solat ataupun di luar solat.

2. Bagaimana untuk orang yang mendengar bacaan Qur’an dan di sana terdapat ayat sajadah? Apakah dia juga dianjurkan sujud tilawah?


Dalam kedua pemasalahan ini terdapat perselisihan di antara para ulama’.

Pendapat pertama mengatakan bahawa orang yang mendengar bacaan ayat sajadah dianjurkan untuk sujud tilawah, walaupun orang yang membacanya tidak melakukan sujud. Pendapat pertama ini dipilih oleh Imam Abu Hanifah, Imam Asy Syafi’i, dan salah satu pendapat Imam Malik.


Pendapat kedua mengatakan bahawa orang yang mendengar bacaan ayat sajadah ikut bersujud jika dia menyemak bacaan dan jika orang yang membaca ayat sajadah tersebut ikut bersujud. Pendapat kedua ini dipilih oleh Imam Ahmad dan salah satu pendapat Imam Malik. Inilah pendapat yang lebih kuat.

Dalil dari pendapat kedua ini adalah dua hadith sahih berikut:

Hadith Ibnu Umar: “Nabi s.a.w pernah membaca Al Qur’an yang di dalamnya terdapat ayat sajadah. Kemudian ketika itu beliau bersujud, kami pun ikut bersujud bersamanya sehingga ada salah seorang di antara kami tidak mendapat tempat untuk menjadikan tempat bersujud.” (H.R. Bukhari dan Muslim)



Monday 6 August 2012

SaaT Rezeki Melimpah : Diri Lalai

TINGG!

Wang syiling itu jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik membancuh simen. Melihat logam kecil itu,tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama,tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya. Dia menyambung semula kerjanya.

TINGG!

Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya.Lelaki itu menoleh ke kiri,kanan dan disekelilingnya.Tiada siapa yg berdekatan dengannya.Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya. Tidak lama kemudian,lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya.Pun sama,dia mengambil dan menyimpannya. "Rezeki aku!" kata lelaki itu dalam hati.

Lelaki itu tidak sedar,logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya daripada aras lapan bangunan separuh siap yg mereka bina itu. Sebenarnya ,ketuanya mahu memanggilnya.Ada pesanan yg mahu disampaikan ketuanya itu.Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan,cuba memanggil lelaki itu yg berada pada aras paling bawah.

Namun,jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut.Dek kerana itulah,ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas.Mudah-mudahan,dapatlah dia menyampaikan pesananya kepada pekerjanya itu.

Sayangnya,sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah,lelaki itu masih belum juga mendongak ke atas.

Lantas,ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai.Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah.

Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu.Setelah merasa sakit dan terganggu,lelaki itu mendongak ke atas,melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yg menyerangnya tadi.

Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yg sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.

P/s : Sahabat sekalian,kisah ini sekadar tamsilan antara kita dengan Yang Maha Pencipta.Tanpa sedar,Allah sering menjatuhkan 'syiling' lambang rezeki,rahmat atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita. Tuhan menjatuhkan 'syiling' itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas untuk mengingati dan bersyukur dengan kurniaan-Nya.Tetapi,kita acap kali lalai untuk 'mendongak' ke atas sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa mengucapkan terima kasih.

Seperti kisah ketua dan pekerja tadi,apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian,lalu Dia jatuhkan pula 'batu' yg berupa musibah,kegagalan,keperitan dan pengalaman yg menyakitkan. Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu,barulah kita teringat untuk mendongak,menadah tangan bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita.

Sumber: # Mastika

Share Dari seorang Hamba Allah sebagai ped0man untuk kita semua..

Saturday 4 August 2012

JanganLah Mengeluh Lagi..

Kita selalu bertanya dan Al-Quran sudah menjawabnya..

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB :
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan : "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." 
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

QURAN MENJAWAB :
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB :
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. "
- Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?

QURAN MENJAWAB : 
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB :
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). "

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB :
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB :
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ?
- Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB :
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. "
- Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

QURAN MENJAWAB :
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
- Surah Yusuf ayat 12

Kalau rase nak mengeluh lagi nampaknye kne cepat2 p amik wuduk..j0m bce quran..Insya Allah..Allah permudahkan segala urusan kita di dunia ini..Amin..

Friday 3 August 2012

Buah hatiku..o.O

Inilah buah hati pengarang jantungku..huhu..mcm skema je..xpewlah..sayangku Husna dan Hazim..^__^

love them much !!

Thursday 2 August 2012

Kepastian Adanya Hari Kiamat

Mari kita baca makna surah ini dan fahami akan maknanya..

Surah Al-Haqqah (Hari Kiamat) 

Orang Yang Mendustakan Kebenaran Pasti Binasa

1. Hari Kiamat. [Hari kiamat menurut bahasa bererti “yang pasti terjadi”.Hari Kiamat dinamakan al-Haqqah kerana ia pasti terjadi]. 

2. Apakah hari kiamat itu? 

3. Dan tahukah kamu apakah hari kiamat itu? 

4. Kaum Thamud dan Aad telah mendustakan hari kiamat. 

5. Maka adapun kaum Thamud, mereka telah dibinasakan dengan suara yang sangat keras dan kuat. [Kejadian luar biasa ialah petir yang amat keras yang menyebabkan suara yang menguntur dan menghancurkan]. 

6. Sedangkan kaum Aad, mereka telah dibinasakan dengan angin taufan yang sejuk. 

7. Allah menimpakan angin itu kepada mereka selama tujuh malam lapan hari terus-menerus, maka kamu melihat kaum Aad pada waktu itu masih bergelimpangan seperti batang-batang pohon kurma yang telah kosong (lapuk). 

8. maka adakah kamu melihat seorang pun yang masih tersisa (hidup) antara mereka? [Mereka habis di hancurkan semua sekali dan tidak mempunyai keturunan]. 

9. Kemudian datangnya Firaun dan orang yang sebelumnya dan penduduk negeri-negeri yang ditunggang balikkan kerana kesalahan yang besar. [Umat-umat dahulu yang mengingkari para nabi dan Rasul]. 

10. Maka mereka menderhakai utusan Tuhannya, Allah menyeksa mereka dengan seksaan yang sangat keras. 

11. Sesungguhnya ketika air naik (sampai kegunung), Kami membawa (nenek moyang) kamu [Yang dibawa dalam bahtera Nabi Nuh a.s untuk diselamatkan ialah keluarga Nabi Nuh a.s dan orang-orang yang beriman kecuali anaknya yang derhaka] ke dalam kapal. 

12. Agar Kami jadikan (peristiwa itu) sebagai peringatan bagi kamu dan agar diperhatikan oleh telinga yang mahu mendengar.

Hari kiamat sudah tentunya akan berlaku jadi kita perlu yakin dan sentiasa bersedia untuk menghadapinya..Semoga kita sentiasa dalam Redha Allah..Amin..

Wednesday 1 August 2012

Penegasan Tentang Hari Kiamat

Mari kita luangkan masa beberapa minit untuk membaca maksud surah ini..

Surah Al-Zaariyat (Angin yang menerbangkan)

Penegasan Tentang Hari Kiamat (Ayat 1-23)

1. Demi (angin) yang menerbangkan debu.

2. Dan awan yang mengandungi (hujan).

3. Dan (kapal-kapal) yang berlayar dengan mudah.

4. Dan malaikat-malaikat yang membahagi-bahagikan urusan. [Membahagikan urusan makhluk yang diperintahkan kepadanya seperti perjalanan bintang-bintang, menurunkan hujan, memberikan rezeki dan sebagainya].

5. Sesungguhnya apa yang dijanjikan kepadamu pasti benar.

6. Dan sesungguhnya hari pembalasan pasti terjadi.

7. Demi langit yang mempunyai jalan-jalan. [Maksud jalan adalah garis peredaran bintang-bintang].

8. Sesungguhnya, kamu benar-benar dalam keadaan yang berbeza pendapat. [Berbeza pendapat kaum musyrikin tentang Nabi Muhammad saw dan Al-Quran].

9. Dipalingkan daripadanya (Al-Quran dan Rasul) orang yang dipalingkan.

10. Terkutuklah orang yang banyak berdusta.

11. Iaitu orang yang terbenam dalam kebodohan dan kelalaian.

12. Mereka bertanya : “Bilakah hari pembalasan itu?”

13. Hari pembalasan itu ialah pada hari ketika mereka diazab di dalam api neraka.

14. (Dikatakan kepda mereka) : “Rasakanlah azabmu ini. Inilah azab yang dahulu kamu minta untuk disegerakan.”

15. Sesungguhnya orang yang bertaqwa berada di dalam taman-taman syurga dan mata air.

16. Mereka mengambil apa yang diberikan Tuhan kepada mereka. Sesungguhnya mereka sebelum itu di dunia adalah orang yang berbuat baik.

17. Mereka sedikit sekali tidur pada waktu malam.

18. Dan pada akhir malam mereka memohon keampunan kepada Allah.

19. Dan pada harta benda mereka ada hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang tidak meminta.

20. Dan di bumi terdapat tanda-tanda kebesaran Allah bagi orang yang yakin.

21. Dan juga pada DIRIMU sendiri..Maka apakah kamu tidak memerhatikannya?

22. Dan di langit terdapat sebab-sebab rezekimu [Rezeki yang ada di langit seperti turunnya hujan yang menyuburkan tanaman yang menjadi sebab rezekimu dsb ] dan apa yang dijanjikan kepadamu [Takdir Allah terhadap setiap manusia yang ditulis di Lauh Mahfuz].

23. Maka demi Tuhan langit dan bumi, sesungguhnya apa yang dijanjikan itu pasti terjadi seperti apa yang kamu ucapkan.

Sampaikanlah walaupun sepatah ayat..Perlulah kita fahami akan apa yang telah diterangkan..Insya Allah..


Copyright© All Rights Reserved nur-mujaheedah.blogspot.com