Wednesday, 1 August 2012

Penegasan Tentang Hari Kiamat

Mari kita luangkan masa beberapa minit untuk membaca maksud surah ini..

Surah Al-Zaariyat (Angin yang menerbangkan)

Penegasan Tentang Hari Kiamat (Ayat 1-23)

1. Demi (angin) yang menerbangkan debu.

2. Dan awan yang mengandungi (hujan).

3. Dan (kapal-kapal) yang berlayar dengan mudah.

4. Dan malaikat-malaikat yang membahagi-bahagikan urusan. [Membahagikan urusan makhluk yang diperintahkan kepadanya seperti perjalanan bintang-bintang, menurunkan hujan, memberikan rezeki dan sebagainya].

5. Sesungguhnya apa yang dijanjikan kepadamu pasti benar.

6. Dan sesungguhnya hari pembalasan pasti terjadi.

7. Demi langit yang mempunyai jalan-jalan. [Maksud jalan adalah garis peredaran bintang-bintang].

8. Sesungguhnya, kamu benar-benar dalam keadaan yang berbeza pendapat. [Berbeza pendapat kaum musyrikin tentang Nabi Muhammad saw dan Al-Quran].

9. Dipalingkan daripadanya (Al-Quran dan Rasul) orang yang dipalingkan.

10. Terkutuklah orang yang banyak berdusta.

11. Iaitu orang yang terbenam dalam kebodohan dan kelalaian.

12. Mereka bertanya : “Bilakah hari pembalasan itu?”

13. Hari pembalasan itu ialah pada hari ketika mereka diazab di dalam api neraka.

14. (Dikatakan kepda mereka) : “Rasakanlah azabmu ini. Inilah azab yang dahulu kamu minta untuk disegerakan.”

15. Sesungguhnya orang yang bertaqwa berada di dalam taman-taman syurga dan mata air.

16. Mereka mengambil apa yang diberikan Tuhan kepada mereka. Sesungguhnya mereka sebelum itu di dunia adalah orang yang berbuat baik.

17. Mereka sedikit sekali tidur pada waktu malam.

18. Dan pada akhir malam mereka memohon keampunan kepada Allah.

19. Dan pada harta benda mereka ada hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang tidak meminta.

20. Dan di bumi terdapat tanda-tanda kebesaran Allah bagi orang yang yakin.

21. Dan juga pada DIRIMU sendiri..Maka apakah kamu tidak memerhatikannya?

22. Dan di langit terdapat sebab-sebab rezekimu [Rezeki yang ada di langit seperti turunnya hujan yang menyuburkan tanaman yang menjadi sebab rezekimu dsb ] dan apa yang dijanjikan kepadamu [Takdir Allah terhadap setiap manusia yang ditulis di Lauh Mahfuz].

23. Maka demi Tuhan langit dan bumi, sesungguhnya apa yang dijanjikan itu pasti terjadi seperti apa yang kamu ucapkan.

Sampaikanlah walaupun sepatah ayat..Perlulah kita fahami akan apa yang telah diterangkan..Insya Allah..


2 comments:

  1. Replies
    1. semuanyer ad di dlm al-Quran..same2 lah kite menerokainyer..Insya Allah..^_^

      Delete

Copyright© All Rights Reserved nur-mujaheedah.blogspot.com