Friday 1 February 2013
Kelebihan Mengingati Mati
Setiap makhluk yang hidup pasti akan mati, sesungguhnya kematian tetap akan
menjemput insan untuk kembali kepada penciptanya. Sekuat
manapun kita lari, sejauh manapun kita cuba hindari, namun kematian akan tetap
mengekori kita.
Sampai waktu dan ketikanya, kita tetap akan pergi
jua. Betapa kerapnya malaikat maut melihat dan merenung wajah seseorang, iaitu
dalam masa 24 jam sebanyak 70 kali, andainya manusia sedar hakikat tersebut,
nescaya dia tidak akan lalai mengingati mati. Tetapi oleh kerana malaikat maut
adalah makhluk ghaib, manusia tidak dapat melihat kehadirannya. Sebab itu
manusia tidak menyedari apa yang dilakukan oleh Malaikat Izrail.
Sebenarnya manusia itu sedar bahawa setiap makhluk
yang hidup pasti akan mati, tetapi manusia menilai kematian dengan berbagai
tanggapan. Ada yang menganggap kematian itu adalah suatu tabii biasa sebagai
pendapat golongan atheist, dan tidak kurang pula orang yang mengaitkan kematian
itu dengan sebab-sebabnya yang zahir sahaja.
Dia mengambil logik bahawa banyak kematian
disebabkan oleh sesuatu tragedi, seperti diakibatkan oleh peperangan, bencana
alam dan lain-lain lagi. Tidak ramai manusia yang mengaitkan kematian itu
dengan kehadiran malaikat maut yang datang tepat pada saat ajal seseorang sudah
sampai, sedangkan malaikat maut sentiasa berlegar di sekeliling manusia,
mengenal pasti dan memerhatikan orang-orang yang tempoh hayatnya sudah tamat.
Sesungguhnya malaikat maut menjalankan arahan
Allah SWT dengan tepat dan sempurna, dia tidak diutus hanya untuk
mencabut roh orang sakit sahaja, ataupun roh orang yang mendapat kecelakaan dan
malapetaka. Jika Allah menetapkan kematian seseorang ketika berlaku kemalangan,
atau ketika diserang sakit tenat, maka Izrail mencabut roh orang itu ketika
kejadian tersebut. Namun ajal tidak mengenal orang yang sihat, ataupun
orang-orang mewah, yang sedang hidup rehat dibuat kesenangan.
Malaikat maut datang tepat pada waktunya, tanpa
mengira orang itu sedang ketawa riang, atau sedang mengerang kesakitan. Bila
ajal mereka sudah tiba, maka kematiannya tidak tertangguh walau sesaat pun.
Walau bagaimanapun ada ketikanya Allah jadikan
pelbagai sebab bagi sesuatu kematian, yang demikian itu ada hikmah di
sebaliknya. Misalnya sakit tenat yang ditanggung berbulan-bulan oleh seseorang,
ia akan menjadi Rahmat bagi orang beriman dan sabar, kerana Allah memberi
peluang dan menyedarkan manusia agar dia mengingati mati, untuk itu dia
menggunakan masa atau usia yang ada untuk berbuat sesuatu, membetulkan
dan bertaubat dari dosa dan kesilapan serta memperbaiki amalan untuk menambah
bekalan untuk akhirat, jangan sampai menjadi seorang yang muflis di akhirat
kelak.
Begitu juga orang yang mati mengejut disebabkan
kemalangan, ia menjadi pengajaran dan memberi peringatan kepada orang yang
masih hidup supaya mereka sentiasa waspada dan tidak lalai dari usaha
memperbaiki diri, menambah amal kebajikan dan meninggalkan segala kejahatan.
Di kalangan orang soleh, sakit yang ditimpakan
kepada dirinya adalah sebagai tanda bahawa Allah masih menyayanginya. Kerana
betapa malangnya bagi pandangan orang-orang soleh itu jika Allah mengambil roh
dengan tiba-tiba, tanpa sebarang amaran terlebih dahulu. Seolah-olah Allah
sedang murka terhadap dirinya, sebab itulah Allah tidak beri amaran terlebih
dahulu kepadanya. Keadaan orang itu ibarat seperti tidak menyedari adanya
bahaya di hadapannya, jika tiada amaran terlebih dahulu, nescaya dia akan
terjerumus ke lembah bahaya.
Malaikat maut mengadu kepada Allah, betapa
dirinya tidak disenangi oleh keturunan Adam, dia mungkin dicemuh kerana dia
ditugaskan mencabut roh manusia, yang akan menyebabkan orang berdukacita kerana
kehilangan keluarga, sanak-saudara dan orang-orang yang tersayang di kalangan
mereka. Diriwayatkan bahawa Allah SWT berjanji akan menjadikan berbagai sebab
kepada kematian yang akan dilalui oleh keturunan Adam, sehingga keturunan Adam
itu akan memikirkan dan mengaitkan kematian itu dengan sebab-sebab yang dialami
oleh mereka.
Ajal ketetapan Allah SWT.
Apabila berlaku kematian, mereka akan berkata
bahawa si anu itu mati kerana menghidap sakit, ataupun mereka kerana mendapat
kemalangan, mereka akan terlupa mengaitkan malaikat maut dengan kematian yang
berlaku itu. Namun hakikatnya bahawa ajal itu adalah ketetapan Allah, yang
telah termaktub sejak azali lagi. Semuanya telah nyata di dalam takdir Allah,
bahawa kematian pasti tiba pada saat yang telah ditetapkan. Izrail hanyalah
tentera Allah yang menjalankan tugas seperti yang telah diamanahkan
kepadanya.
Walau bagaimanapun adalah menjadi hak Allah
untuk menentukan kematian seseorang itu sama ada bersebab atau tidak.
Sebagaimana yang dinyatakan pada awal tulisan ini, bahawa ada ketikanya
malaikat maut datang hendak mencabut roh seseorang, tetapi manusia yang
dikunjungi malaikat maut sedang dalam keadaan seronok bergelak ketawa, hingga
malaikat maut merasa hairan terhadap manusia itu.
Ini membuktikan bahawa kematian itu tidak
pernah mengenal, sama ada seseorang yang sedang sakit ataupun ketika sihat dan
segar bugar.
Firman Allah SWT yang bermaksud, “Tiap-tiap umat
mempunyai batas waktu (ajal), maka apabila telah datang waktunya (ajalnya)
mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat (pula)
mencepatkannya.” (Surah Al-A’raaf, ayat 34).
Semoga kita semua tergolong dalam golongan orang
yang mendapat perlindungan – Nya selalu. Amin.

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment