Jodoh itu rahsia Allah..saper yg single lagi?? msti semua da berpunyer kan,..cepat-cepat lah kahwin ye..hehe..tahu x aku selalu je dalam kepala niy duk pikir..pikir..pikir..n pikir..sape la insan bertuah niy..haha..bertuah la sangat kan..huhu..mksudny jd0h aku la..tapi apa kan daya..itu semua di luar dugaan n semua tu Allah da tetapkan..Tapi apa-apapun aku harap aku dapat seorang suami yang penyanyang n especially sowang yang soleh..huhu..angan-angan je lebey..Insya Allah..Jadilah seorang perempuan yang solehah maka dapatlah kamu seorang suami yang soleh..Amin..harap-harap aku dipermudahkan dalam segala urusan..lau kawin muda p0m pe salahnya..hahah..agip0m kan ad lam hadis yang berbunyi..pabila kamu yang masih muda berkahwin maka menangislah syaitan c0z kita da jauh dari melakukan perkara mksiat dan ley tambahkn ibadat bersama pasangan yang halal bagimu..mudah-mudahan kita semua akan sentiasa dalam Redha Allah...Amin Ya Rabb..^__^
Monday, 30 July 2012
Friday, 20 July 2012
Salam Ramadhan
Setelah sekian lama menghitung hari...
Akhirnya tiba sudah Ramadhan yang dirindui..
Syukur ke hadrat Ilahi dapat pula bertemu pada tahun ini..
Di harap Ramadhan kali ini lebih bermakna dalam hidup kita..
Janganlah sia-sia kan peluang yang ada ini..
Beribadatlah selagi dirimu masih bernyawa..
<3 Di bulan Ramadhan yang mulia ini..<3
![]() |
| http://nur-mujaheedah.blogspot.com/ |
Wednesday, 18 July 2012
Sahabat..^_^
Nukilan buat sahabatku..
Sahabat,
Andai aku di jalan yang salah,
Tegurlah aku wahai sahabat,
Jangan biarkan aku berterusan,
Melakukan kesalahan yang sama..
Kerana aku juga manusia biasa,
yang tidak lari dari melakukan kesalahan..
Semoga persahabatan ini kekal sampai akhir hayat..
Ana uhikbuki fillah..^_^
Saksi di Akhirat..
Surah Fushilat (Ayat 19-24)
Dan ingatlah pada hari ketika musuh2 Allah di iringi ke neraka lalu mereka di pisahkan (19)
Shingga apabila mereka sampai ke neraka, pendengaran, penglihatan dan kulit mereka menjadi saksi terhadap apa yg mereka lalukan (20)
Dan mereka berkata kepada Kulit mereka : "Mengapa kamu menjadi saksi terhadap kami?.." Kulit mereka menjawab : "Yang menjadikan kami dapat berbicara adalah Allah, yang juga menjadikan segala sesuatu dapat berbicara, dan Dialah yang menciptakan kamu yang pertama kali dan hanya kepada Nya kamu dikembalikan"..(21)
Dan kamu tidak dapat sembunyi daripada kesaksian pendengaran, penglihatan dan kulitmu terhadapmu bahkan kamu mengira Allah tidak mengetahui banyak tentang apa yang kamu lakukan..(22)
Dan itulah sangkaanmu yang telah kamu sangkakan terhadap Tuhanmu, sedangkan itu telah membinasakan kamu sehingga jadilah kamu orang yang RUGI..(23)
Meskipun mereka bersabar atas azab neraka maka nerakalah tempat tinggal mereka dan jika mereka minta kasihan, maka mereka itu tidak termasuk orang yang layak dikasihani. Dan kami tetapkan bagi mereka teman-teman (syaitan) yang memuji di depan dan belakang iaitu nafsu dan kelazatan dunia dan tetaplah mereka dengan hukuman bersama umat dulu dari golongan jin dan manusia..Ssunggunya mereka orang yang RUGI...(24)
p/s : Jadi janganlah kita melakukan perkara yang dilarang Allah..Sesungghnya Allah Maha Mengetahui akan apa yang kita lakukan..=D
Tuesday, 17 July 2012
Kematian satu kepastian..=.='
Jangan kita terlalu bangga dengan dunia yang sementara ini..Jangan sering merasakan diri sudah cukup baik dan beriman kerana tidak semestinya orang yang baik akan mati dalam keadaan yang baik dan sebaliknya kerana hati manusia yang sering berubah-ubah..Jadi seharusnya kita nasihatkan diri kita dengan kematian jadi kita dapat mengurangkan keseronokan dunia yang boleh menyebabkan diri lalai dari mengingati NYA..Subhanallah..
Semoga kita sentiasa berada dalam REDHA Allah..Insya Allah..
![]() |
| https//:nur-mujaheedah.blogspot.com |
Tuesday, 3 July 2012
Berubah sebelum LATE ..
~Kalau kita BERUBAH untuk jadi baik kerana Allah, Allah akan hantar orang-orang yang baik untuk bersama-sama kita...~
![]() |
| nur-mujaheedah@blogspot.com |
Sempena bulan Syaaban ini bermaksud kita akan menghampiri bulan Ramadhan beberapa hati sahaja lagi..Hati ini merasakan tidak sabar untuk bertemu dengan bulan yang penuh rahmat.. Jadi, kita hayatilah ayat di atas kerana masih tidak terlambat untuk kita berubah ke arah yang lebih baik kerana ALLAH akan sentiasa membantu perjuangan kita.. Insya Allah..^__^
p/s : Pesanan saya kepada semua..selamat beramal.. =D
Sunday, 1 July 2012
Kahwin muda.. ^_^
Alhamdulillah..pada masa sekarang ramai yang telah berkahwin muda..ini seharusnya di galakkan di samping membendung masalah keruntuhan akhlak remaja sekarang ini yang hidup sosial..Dengan perkahwinan, semuanya dapat merubah kehidupan yang lebih baik dan berada dalam keredhaan Ilahi...
Setiap remaja yang ingin berkahwin muda biasanya mengalami pelbagai masalah.. Di antaranya ialah :
- Ibu bapa : Ini masalah utama bagi mereka yang ingin mendirikan rumah tangga kerana halangan daripada kedua ibu bapa. Hal ini dapat dibendung sekiranya anak menunjukkan tanggungjawab yang dapat melembutkan hati kedua ibu bapa.. Anak perlulah berbincang seeloknya supaya perjalanan akan lebih berjalan lancar.
- Kewangan : Masalah lain juga mungkin masalah kekurangan duit. Seharusya kita perlu ingat hadis nabi yang bermaksud "Sebaik-baik wanita adalah yang elok rupanya dan yang paling rendah kadar maharnya"..Jadi seharusnya masalah kewangan tidak menjadi masalah kepada remaja yang ingin berkahwin.
- Pelajaran : Seringkali remaja yang masih belajar keliru kerana takut pelajaran akan terjejas dengan perkahwinan kerana mempunyai tanggungjawab yang lebih.. Sebenarnya dengan perklahwinan, pelajar akan lebih bersemangat kerana mempunyai sokongan dari cinta yang halal baginya.. Ini juga menjadikan pelajaran dalam keredhaan daripada bercinta sahaja kan??..
Itu saja antara 3 punca yang dapat saya rungkaikan..dengan itu, andai ada impian untuk berkahwin awal berusaha la memikat hati kedua ibu bapa dan berdoa kepada Allah SWT yang lebih mengetahui apa sebenarnya yang kita perlukan..
Satu kisah yang dapat saya kongsikan bersama ..
Hadis Sahl bin Saad r.a:
"Pada satu ketika seorang perempuan datang berjumpa Rasulullah s.a.w seraya berkata: Wahai Rasulullah! Aku telah datang untuk menyerahkan diriku kepadamu.
Lalu Rasulullah s.a.w memandang kepadanya sambil mendongak kepadanya dan memerhatikan dengan teliti kemudian baginda mengangguk-anggukkan kepalanya.
Apabila perempuan itu mendapati Rasulullah s.a.w diam tanpa memberi keputusan, perempuan itu segera duduk, lalu bangunlah seorang sahabat dan berkata:
Wahai Rasulullah! Sekiranya kamu tidak ingin mengahwininya, kahwinkanlah aku dengannya.
Rasulullah s.a.w segera bertanya: Adakah engkau memiliki sesuatu yang boleh dijadikan mas-kahwin.
Sahabat menjawab: Tidak ada!
Baginda bersabda: Pulanglah menemui keluargamu mencari sesuatu yang boleh dijadikan mas-kahwin.
Lantas sahabat tersebut pulang, kemudian beliau kembali menemui Rasulullah s.a.w dan berkata: "Demi Allah! Aku tidak menjumpai apa-apa pun yang boleh dijadikan mas-kahwin".
Maka Rasulullah s.a.w berkata lagi: Carilah walaupun sebentuk cincin besi.
Lalu sahabat tersebut pulang dan datang kembali serta berkata:
Wahai Rasulullah! Demi Allah aku tidak menjumpai apa-apa walaupun sebentuk cincin besi, tetapi aku hanya memiliki kainku ini iaitu kain yang hanya boleh menutupi bahagian bawah badannya (Sahl berkata: Sahabat ini tidak mempunyai pakaian yang menutup bahagian atas badan) maka aku berikannya kepada perempuan tersebut.
Rasulullah s.a.w berkata: Apa yang engkau boleh buat dengan kain engkau itu, sekiranya engkau memakai kain itu. Perempuan tersebut tidak dapat memakainya walaupun sedikit. Apabila dia memakai kain tersebut engkau tidak mempunyai apa-apa untuk dipakai.
Sahabat itu duduk sehinggalah sekian lama kemudian bangun. Rasulullah s.a.w memandang kepadanya seterusnya dia beredar dari situ.
Setelah itu Rasulullah s.a.w memerintahkan supaya dia dipanggil. Apabila sahabat tersebut sampai, Rasulullah s.a.w bertanya: Apakah yang engkau miliki daripada Al-Quran?
Sahabat tersebut menjawab: Aku hafaz surah itu dan surah ini. Sahabat berkenaan menghitungnya.
Rasulullah s.a.w bersabda lagi: Adakah engkau membacanya secara hafalan? Sahabat tersebut menjawab: Ya! Rasulullah berkata: Pergilah! Engkau telah memilikinya bermas-kahwinkan ayat atau surah Al-Quran yang engkau hafaz " Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim : 2554
Subscribe to:
Posts (Atom)



+EiyLa4148-001.jpg)


