Sunday 1 July 2012

Kahwin muda.. ^_^

Alhamdulillah..pada masa sekarang ramai yang telah berkahwin muda..ini seharusnya di galakkan di samping membendung masalah keruntuhan akhlak remaja sekarang ini yang hidup sosial..Dengan perkahwinan, semuanya dapat merubah kehidupan yang lebih baik dan berada dalam keredhaan Ilahi...

Setiap remaja yang ingin berkahwin muda biasanya mengalami pelbagai masalah.. Di antaranya ialah :
  1. Ibu bapa : Ini masalah utama bagi mereka yang ingin mendirikan rumah tangga kerana halangan daripada kedua ibu bapa. Hal ini dapat dibendung sekiranya anak menunjukkan tanggungjawab yang dapat melembutkan hati kedua ibu bapa.. Anak perlulah berbincang seeloknya supaya perjalanan akan lebih berjalan lancar.
  2. Kewangan : Masalah lain juga mungkin masalah kekurangan duit. Seharusya kita perlu ingat hadis nabi yang bermaksud "Sebaik-baik wanita adalah yang elok rupanya dan yang paling rendah kadar maharnya"..Jadi seharusnya masalah kewangan tidak menjadi masalah kepada remaja yang ingin berkahwin.
  3. Pelajaran : Seringkali remaja yang masih belajar keliru kerana takut pelajaran akan terjejas dengan perkahwinan kerana mempunyai tanggungjawab yang lebih.. Sebenarnya dengan perklahwinan, pelajar akan lebih bersemangat kerana mempunyai sokongan dari cinta yang halal baginya.. Ini juga menjadikan pelajaran dalam keredhaan daripada bercinta sahaja kan??..
Itu saja antara 3 punca yang dapat saya rungkaikan..dengan itu, andai ada impian untuk berkahwin awal berusaha la memikat hati kedua ibu bapa dan berdoa kepada Allah SWT yang lebih mengetahui apa sebenarnya yang kita perlukan..

Satu kisah yang dapat saya kongsikan bersama ..


Hadis Sahl bin Saad r.a:


"Pada satu ketika seorang perempuan datang berjumpa Rasulullah s.a.w seraya berkata: Wahai Rasulullah! Aku telah datang untuk menyerahkan diriku kepadamu.
Lalu Rasulullah s.a.w memandang kepadanya sambil mendongak kepadanya dan memerhatikan dengan teliti kemudian baginda mengangguk-anggukkan kepalanya.

Apabila perempuan itu mendapati Rasulullah s.a.w diam tanpa memberi keputusan, perempuan itu segera duduk, lalu bangunlah seorang sahabat dan berkata:

Wahai Rasulullah! Sekiranya kamu tidak ingin mengahwininya, kahwinkanlah aku dengannya.

Rasulullah s.a.w segera bertanya: Adakah engkau memiliki sesuatu yang boleh dijadikan mas-kahwin.

Sahabat menjawab: Tidak ada!

Baginda bersabda: Pulanglah menemui keluargamu mencari sesuatu yang boleh dijadikan mas-kahwin.

Lantas sahabat tersebut pulang, kemudian beliau kembali menemui Rasulullah s.a.w dan berkata: "Demi Allah! Aku tidak menjumpai apa-apa pun yang boleh dijadikan mas-kahwin".

Maka Rasulullah s.a.w berkata lagi: Carilah walaupun sebentuk cincin besi.

Lalu sahabat tersebut pulang dan datang kembali serta berkata:
Wahai Rasulullah! Demi Allah aku tidak menjumpai apa-apa walaupun sebentuk cincin besi, tetapi aku hanya memiliki kainku ini iaitu kain yang hanya boleh menutupi bahagian bawah badannya (Sahl berkata: Sahabat ini tidak mempunyai pakaian yang menutup bahagian atas badan) maka aku berikannya kepada perempuan tersebut.

Rasulullah s.a.w berkata: Apa yang engkau boleh buat dengan kain engkau itu, sekiranya engkau memakai kain itu. Perempuan tersebut tidak dapat memakainya walaupun sedikit. Apabila dia memakai kain tersebut engkau tidak mempunyai apa-apa untuk dipakai.

Sahabat itu duduk sehinggalah sekian lama kemudian bangun. Rasulullah s.a.w memandang kepadanya seterusnya dia beredar dari situ.

Setelah itu Rasulullah s.a.w memerintahkan supaya dia dipanggil. Apabila sahabat tersebut sampai, Rasulullah s.a.w bertanya: Apakah yang engkau miliki daripada Al-Quran?

Sahabat tersebut menjawab: Aku hafaz surah itu dan surah ini. Sahabat berkenaan menghitungnya.

Rasulullah s.a.w bersabda lagi: Adakah engkau membacanya secara hafalan? Sahabat tersebut menjawab: Ya! Rasulullah berkata: Pergilah! Engkau telah memilikinya bermas-kahwinkan ayat atau surah Al-Quran yang engkau hafaz " Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim : 2554


Fikir-fikirkanlah..^__^

No comments:

Post a Comment

Copyright© All Rights Reserved nur-mujaheedah.blogspot.com